Followers

Saturday, 6 April 2013

DOA BANGUN DARI TIDUR (2)

DOA BANGUN DARI TIDUR (2)


عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ قَالَ اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَحْيَا وَأَمُوتُ وَإِذَا أَصْبَحَ قَالَ﴿ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ   رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ (7394)
Maksudnya:
Dari Huzaifah bin al-Yaman r.a telah berkata. Apabila menuju ke katilnya (tempat tidur) baginda mengucapkan, “Ya Allah dengan namamu aku hidup (jaga) dan aku mati (tidur)”. Tatkala tiba waktu subuh beginda mengucapkan,” Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali”.

Hadis riwayat al-Bukhari (7394)

DOA BANGUN DARI TIDUR

DOA BANGUN DARI TIDUR

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلَاثَ عُقَدٍ يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ مَكَانَهَا عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقَدُهُ كُلُّهَا فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ
رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ (1142)  وَ مُسْلِمٌ (776)

Maksudnya:
Dari Abu Hurairah r.a disampaikan kepadanya oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu tidur, syaitan akan mengikatnya dengan tiga ikatan seraya berkata bagimu malam yang panjang maka tidurlah. (Ketiga-tiga ikatan tersebut menjadikan dia terlelap dalam tidurnya yang sepanjang malam). Akan tetapi apabila dia terjaga kemudian dia menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama. Kemudian apabila dia berwuduk, maka akan terlepas pula ikatan yang kedua, dan akhirnya jika dia melakukan solat (subuh), maka akan terlepas pula ikatan yang ketiga. Pada pagi harinya hati orang itu akan bersih dan penuh bersemangat. Akan tetapi jika dia tidur sehingga subuh, maka pada pagi harinya jiwanya akan kotor dan menjadikan dirinya malas”.

Hadis riwayat al-Bukhari (1142) dan Muslim (776) 

Friday, 5 April 2013

MUQADDIMAH



بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العالمين وبه نستعين والصلاة والسلام على اشرف الأنبياء والمرسالين، وعلى اله وصحبه اجمعين.الهي انت مقصودي ورضاك مطلوبي اعطني محبتك ومعرفتك. اما بعد.

Pertama: Penulis ingin mengucapkan rasa syukur kehadhrat ilahi rabbi azza wajalla, kerana dengan izin-Nya penulis boleh menghasilkan sebuah tulisan melalui blog ini. Semoga dengan ini, sama-sama kita mendapat manfaat. Amin ya Rabbal Alamin.

Kedua: Penulis ingin mengajak pembaca untuk berselawat kepada baginda nabi Muhammad s.a.w, kerana bagindalah yang membawa kita semua dari alam kegelapan sehingga kealam yang terang iaitu islam.

Ketiga: Penulis sangat-sangat menghormati semua para pembaca dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca segala artikel di blog ini samada hasil karya penulis ataupun bukan hasil karya tersendiri. Dan mungkin di blog ini, ada sebahagian yang akan penulis masukkan dari buku yang telah sedia ada seperti dari kitab-kitab yang masyhur.

Penulis melakukan perkara ini, tiada tujuan lain, selain hanya kerana Allah s.w.t. dan semoga dengan segala isi yang telah penulis muatkan atau yang telah penulis letakkan di blog ini, menjadi manfaat samada sedikit sebanyak yang mungkin kepada semua pembaca. Segala kekuranga mohon di maafkan dan segala teguran sangat dialu-alukan untuk memperbaiki kesalahan.

Sama-samalah kita menyebarkan segala yang bermafaat untuk saudara sesama islam...

والسلام ورحمة الله وبركاته ومغفرته ورضوانه