DOA BANGUN
DARI TIDUR
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ
ثَلَاثَ عُقَدٍ يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ مَكَانَهَا عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ
فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ تَوَضَّأَ
انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقَدُهُ كُلُّهَا فَأَصْبَحَ
نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ
رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ (1142) وَ
مُسْلِمٌ (776)
Maksudnya:
Dari
Abu Hurairah r.a disampaikan kepadanya oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda
bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu tidur, syaitan akan mengikatnya
dengan tiga ikatan seraya berkata bagimu malam yang panjang maka tidurlah. (Ketiga-tiga
ikatan tersebut menjadikan dia terlelap dalam tidurnya yang sepanjang malam).
Akan tetapi apabila dia terjaga kemudian dia menyebut nama Allah, maka
terlepaslah ikatan pertama. Kemudian apabila dia berwuduk, maka akan terlepas
pula ikatan yang kedua, dan akhirnya jika dia melakukan solat (subuh), maka
akan terlepas pula ikatan yang ketiga. Pada pagi harinya hati orang itu akan
bersih dan penuh bersemangat. Akan tetapi jika dia tidur sehingga subuh, maka
pada pagi harinya jiwanya akan kotor dan menjadikan dirinya malas”.
Hadis
riwayat al-Bukhari (1142) dan Muslim (776)
No comments:
Post a Comment